Tuesday, June 1, 2010

PELITA

Tak pernah sesaat daku meragui
apa yang telah daku temui
selama ini,

Tak pernah sesaat daku menyesali
apa yang telah aku nikmati
apa ku alami

selagi hayat di kandung badan

Takkan ku menyerah kalah
walau mimpi ku musnah
harapan ku hancur
sayapku patah

akan ku pancarkan cahaya,
seperti pelita ke serata dunia,
yang gelap gelita

sehingga hembusan nafas
yang terakhir

tak pernah sesaat ku mencurigai
apa yg telah aku kecapi
setakat ini

tiba saatnya kan ku tangisi
pada yang pergi, takkan kembali
Kembali lagi

selagi hayat di kandung badan

Takkan ku menyerah kalah
walau mimpi ku musnah
harapan ku hancur
sayapku patah

akan ku pancarkan cahaya
seperti pelita ke serata dunia
yang gelap gelita

sehingga hembusan nafas
yang terakhir

Selagi jasadku belum terkubur!
Selagi tubuhku, belum ditimpa uzur!
pantang datuk nenek moyangku,
Berundur!

Chorus 2X
Takkan ku menyerah kalah
walau mimpi ku musnah
harapan ku hancur
sayapku patah

akan ku pancarkan cahaya
seperti pelita ke serata dunia
yang gelap gelita

sehingga hembusan nafas
yang terakhir

Akan Ku Pancar Cahaya Seperti Pelita
Ke Serata Dunia
Seperti Cahaya…….

Tuesday, March 2, 2010

mak abah dah balik..

sedih la...
itu yang aku rasa sekarang ni mungkin ini pekara biasa yang terjadi pada aku bila hendak meninggalkan mak ngan abah. Mak ngan abah baru je balik ke kampung setelah 5 hari bersama aku. Memang aku belum rasa puas bersama mak ngan abah.. setiap hari setiap detik aku rindukan mereka. Kalo boleh setiap hari aku nak tengok mak ngan abah depan mata aku ni. Bayak betul kekuatan dan semangat yang mak ngan abah berikan pada aku aku sepanjang 5 hari aku bersama mereka, tak dapat aku nak balas semua ni mak abah... samapi mati aku tak mampu balas jasa mereka.. apa yang boleh aku akan wat yang terbaik untuk mereka dan gembirakan hati dan perasaan mereka sementara berkesempatan. MAK ABAH TAM JANJI AKAN INGAT SEMUA PESAN MAK ABAH. LAGI SATU NANTI MAK ABAH DATANG UMAH TAM LAGI YER....SALAM

Thursday, February 25, 2010

yang di nanti sudah keluar

salam, semua...
hari yang indah menjadi seorang abah heheheheh...
cerita semalam paling tidak akan aku lupa sepanjang hidup aku, rupanya begini mak nak lahirkan aku.. memang sakit itu tidak dapt aku gambarkan bagaimana. kalau ader pengukur kesakitan sudah pasti tidak dapat membaca kesakitan itu pada tahap apa. Aku hanya boleh berdoa, memberi semangat pada isteri tercinta ketika dia manahan kesakitan yang teramat sangat. Detik kelahiran bermula dari jam 10 pagi apabila isteri aku dibawa ke dewan bersalin dan di masukkan di bilik no 15 untuk bersalin..tepat pukul 11 pagi air ketumban di pecahkan aku hanya menunggu di ruang rehat di dewan bedah selepas pecah air ketumban itu aku di benarkan menemani isteri aku. Setiap 5 minit isteri aku rasakan kesakitan apa yang digambarkan seperti senggugut aku pun tak tahu apa rasa senggugut, hanya wanita yang ketahui. Setelah beberapa jam air pula dimasukkan dalam badan supaya tidak merasa keletihan kerana tidak makan dan minum dari pagi lagi. keadan anak dalam kandunagn stabil degupan dia ok. Aku tetap menunggu isteri yang terlantar kesakitan hanya surah-surah dan doa dibaca tanpa henti. Bila tiba masa kesakitan isteri aku hanya mampu beristifar untuk menahan kesakitan. Setelah hampir pukul 3 petang bukaan masih sedikit dan bby masih jauh lagi untuk sampai di pintu rahim. detik ni lah air ubat diberikan pada isteri aku supaya dapat mempercepatkan lagi bukaan pintu rahim. dalam keadaan ini la isteri aku bergelut dengan kesakitan yang teramat sangat, tanpa siapa mengetahui kesakitan die aku hanya mampu berdoa dan menggemgam tangan untuk die manahan kesakitan.Hamapir beberapa jam menahan kesakitan yang teramat sangat dan aku pun tak mampu untuk melihat kesakitan itu terpaksa aku memanggil misi di situ untuk membantu. Aku di suruh keluar sebentar untuk isteri aku mendapat pemeriksaan,xdapat aku menahan sebak melihat isteri menahan kesakitan yang teramat sgt. Selesai pemeriksaan misi memberitahu isteri aku boleh melahirkan bby sekarang, bederau darah aku bila ramai misi masuk dalam bilik untuk membantu isteri aku melahirkan bby. tepat pukul 6.30 petang bermula perjuang yang amat mulia untuk melahirkan insan yang di kandung selama 9 bulan ini. memang hebat ciptaan tuhan memang hebat kuasa yang maha esa. Isteri aku berjuang hampir 45 minit untuk mengeluarkan insan ini. habis semua kudrat dikerah dan diguna kan untuk mengeluarkan insan ini. tepat pukul 7.15 malam keluarlah insan ini.. hilang segala penat yang ditanggung bila insan ini di letak di atas perut isteri tersayan. Sungguh tinggi pengorbanan seorang isteri. Aku bangga dan hargai isteri aku. Aku tak lupa juga pada mak yang lahirkan aku mungkin sama penderitaan yang ditanggung mak dan abah dalam melahirkan aku. Aku hargai mereka aku sayang mereka... aku xkan kecewakan mereka... ini janji aku.
PADA AKU SIAPA YANG TIDAK TAHU MENGENANG JASA MAK BAPAK DALAM MELAHIRKAN KITA,DI MEMANG MANUSIA PALING BANGSAT DI DUNIA NI.. APA YANG MAK BAPAK LAKUKAN PADA KITA TAK MAMPU UNTUK KITA TEBUS DENGAN APA JUA YANG KITA ADA... INGATAN PADA ANAK YANG TIDAK TAHU ERTI KELUARGA.

Tuesday, February 23, 2010

Hari ke 3

dah masuk hari ke 3 aku di Hospital Serdang ni, sedang menunggu kelahiran bby pertama aku. sekarang ni masih belum tahu bila kelahiran bby aku ni. Umi die dah rasa bosan, tension dan tertekan duk dalam hospital ni. aku tahu memang xbes duk dalam wad ni sbb aku dah merasa semua tu dan aku xnak duk lagi dalam wad. Aku pulak menunggu di dalam kereta, lobby hospital dan surau merata tempat aku g melepak bagi ilangkan bosan ni. Surat khabar tiap2 hari beli semua abis aku baca kalo nak ikutkan memang aku pun rasa tension jgk tp pikirkan bby dan umi die aku mesti bersabar dengan semua ni. Ini la dugaan aku untuk menjadi seorg bapak agar aku byk bersabar dengan kerenah ank2 aku nanti. Semalam hari pertama aku tido dalam kereta, nasib la petang semalam hujan memang lebat sangat di Hospital Serdang ni so malam aku xla rasa panas sangat duk dalm kereta. Malam ni belum tahu lagi aku tido ker tak...harap baby keluar la hari ini sian umi bby. Doa aku semoga bby cepat keluar dan umi cpt balik rumah.

Tuesday, February 2, 2010

Pesan abah kalau die ingat kat abah nagn mak die akan balik.


Sudah masuk bulan februari 2010 aku masih belum berkesempatan untuk pulang ke kampung halaman, terus di hantui kerinduan pada tempat aku membesar sungguh pun tiada apa yang menarik seperti di bandar metropolitan ini aku tetap rasakan di kampung adalah tempat paling tenang. Kerinduan bukan sahaja pada kampung aku tetapi juga pada dua insan yang aku paling sayang dalam hidup ini tanpa meraka bagi aku tiada makna untuk semua yang aku telah kecapi, kerana doa dan harapan dua insan ini aku berjaya dalam hidup aku sekarang. Selama aku duduk merantau ini aku tak pernah lupakan apa yang mereka pesan apa yang di amanatkan pada aku sebab aku tahu dari permulaan apa yang kita lakukan semuanya perlukan pertolongan dan bantuan dari dua insan ini. Pada mak ngan abah, sampai bila-bila tam akan sayang.

Tapi kenape yer kekadang bila kita dah berjaya boleh melupakan semua yang telah di berikan selama ini??

Islam meletakkan ibu bapa pada kedudukan yang tinggi. Syariat menetapkan mentaati ibu bapa sebagai satu kewajipan yang perlu dilakukan oleh setiap anak. Arahan mentaati ibu bapa banyak terdapat di dalam al-Quran dan al-Hadis membuktikan peri pentingnya dilakukan perkara tersebut.
Antara ayat menyuruh berbuat baik terhadap ibu bapa ialah ayat 36 surah an-Nisa bermaksud: Sembahlah Allah, dan janganlah kamu mempersekutu-Nya dengan sesuatupun. Dan berbuat baiklah kepada kedua ibu bapamu
Sesungguhnya Allah perintahkan setiap anak mentaati dan berbuat baik kepada kedua ibu bapa. Firman Allah dalam surah al-Ahqaaf ayat 15 bermaksud: Kami perintahkan kepada manusia supaya berbuat baik kepada kedua ibu bapa.
Allah akan meredai usaha seorang anak, jika usaha itu diredai oleh ibu bapanya. Dan Allah akan murka jika ibu bapanya murka. Tirmizi meriwayatkan hadis bermaksud: Keredaan Allah berdasarkan keredaan ibu bapa. Dan kemurkaan Allah juga berdasarkan kemurkaan ibu bapa.
Betapa besar jasa ibu bapa yang tidak mungkin dibalas oleh seorang anak. Hadis riwayat Muslim dan Abu Daud berbunyi: Seorang anak itu belum dapat lagi membalas jasa orang tuanya sehingga dia mendapatinya sebagai hamba. Lalu dibelinya dan dimerdekakannya

Keutamaan mentaati dan berbuat baik ibu bapa mendahului pihak lain kerana ibu bapa paling hampir dengan kehidupan seseorang. Ibu menanggung azab dan kesukaran sepanjang sembilan bulan sepuluh hari mengandung dan menyusukan anak selama kira-kira dua tahun.
Bapa pula membanting tulang memerah fikiran dan keringat mencari rezeki untuk membesarkan anak. Justeru itu apa-apa kebaikan yang ingin dilakukan, haruslah diutamakan kepada kedua ibu bapa.

Kepada anak-anak yang merasakan diri mereka ni dah menguris hati mak bapak korang ataupun dengan kata lain dah derhaka kepada kedua orang tua kamu pulang dan cari la mereka mintak maaf sebelum terlambat moga kamu tidak di humban ke neraka jahanam. Kepada anak-anak yang ada perasaan sakit hati dan dengki pada ibu mintak taubat la. Aku pasti 100% engkau akan menderita bila mengandungkan anak nanti. Balasan pasti akan kamu terima satu hari nanti. Jangan mengharapkan kebahagian akan kamu dapat bila berkahwin tanpa restu dari ibubapa.

Tuesday, January 5, 2010

Suatu ketika


Baru lima hari perjalanan untuk tahun ini, masih panjang untuk dilalui hidup ini dan bermacam lagi akan terjadi pada tahun ini. Apa yang pasti semua telah di rancang long akan berkahwin pada 12.6.2010. Aku insyaallah akn dapat bby dalam bulan 3 ini, detik itulah yang aku tunggu untuk menyambut kelahiran anak pertama aku. Sekarang ini banyak dugaan yang melanda hidup aku, apa pun pasrah dan teruskan perjuangan. Aku tidak akan sesekali putus asa dengan hidup ini. Banyak pengalaman yang telah aku kumpul sepanjang berkeluarga. Kasih sayang aku pada famili aku mengatasi segala apa yang aku ada. Aku benci orang yang titiskan air mata mak aku, aku benci orang itu. Pada arop ko memang tak sedar diri sapa yang dah besarkan ko. kau tak reti nak kenang jasa mak ko yang telah besarkan ko lahirkan ko. Dulu ko cakap sebelum datang KL kau nak jaga mak tp sekarang apa yang kau buat kat mak ngan abah die orang nangis sbb ko. Aku tak kisah kalo ko ckp aku ni buat baik kat ko sekadar nak suh ko kenang-kenang sekadar harap balasan tp dengan mak ko nak ckp mcm tu jgk ker. Dengan mak ngan abah ko memang kena balas apa yang dieorg dah beri kat ko bukan saja untuk dikenang malah untuk masuk syurga ko kena buat baik dengan dieorg. Setitik air mata mak jatuh sebab mengenangkan peranagi ko tanggung la ko akibatnya, memang mak akan doakan kebaikan kat ko tp die akan sedih jgk ape jua perangai yg buruk yang ko buat. Aku ckp bukan sebab nak ckp aku ni baik sangat aku pun ader jgk wat salah ada jgk wat dosa tp selagi mampu aku akan gembirakan hati mak. Aku tak la sempurna macam ko ckp sampai suruh aku jd tuhan kalo dah sempurna tp ko kena inagt bila ko ckp mcm tu apa yang jadi kat diri ko. ALLAH tu boleh balas bila-bila masa yang die nak. Mak ngan Abah sedih tgk peranagi ko bila dieorg pulang dari tanah suci ko langsung tak bertanya khabar pada mak ngan abah. Ko langsung tak nak nak amik mak nagan abah bila dieorg pulang dari tanah suci. Aku nak tanya kenapa denga ko?? kenapa ko ego sangat?? Ko bangga sgt ker dpt perempuan yang dapat teman ko bila-bila masa? Apa yang hebat sangat perempuan tu sampai ko lupa pada mak ngan abah?? kalo ko lupe kat aku aku x kisah pun tp ingat la kat mak nagn abah. Ko balik kampung pun tak reti nak bercakap ngan mak ngan abah ko biarkan dieorg, memang mak tak cakap dengan ko tp mak cakap dengan aku yang die sedih. Wie arop ko ingat ni aku nak pesan JODOH, HIDUP,MATI semua allah yang tentukan bukan ko, tak semestinya ko akan dapat apa yang ko inginkan. Bila ko dah sedar langin tu tinggi ker rendah baru la ko tahu KELUARGA itu adalah segalanya. Aku harap ko bukak fikiran ko tu dan jangan di kongkong oleh perempuan dan fikir kan apa yang dah jadi kat ABG YIN, LONG suatu ketika dulu???renungkan kemana dieorg pergi setelah semua tu jd??

Thursday, December 31, 2009

Selamat Datang 2010


2010 apa lagi impian aku yang belum tercapai?? yang pasti aku ingin masuk rumah baru aku, maka tercapailah satu lagi impian aku untuk memberikan suatu kediaman yang selesa untuk isteri tercinta. Rumah tu lambang cinta yang di kongsi bersama untuk mengharungi hidup ini dengan selesa. Mak Abah pasti bangga dan merasakan tidak sia-sia didikan yang diberi selama ini akhirnya berbaloi dengan apa yang aku perolehi pada usia yang begitu muda. Terima kasih mak abah yang telah beri didikan pada tam selama ini dan tak pernah rasa jemu untuk beri nasihat atau pun pandangan. Memang nasihat dan pandangan orang tua amat penting dalam melalui hidup ini. Jangan sesekali hidup dengan ego dan bongkak, akhirnya tak kemana pun. Pada saudara mara yang bongkak dan ego bersama orang luar teruskan ego mu itu dan pasti satu hari nanti engkau akan kembali pada keluarga yang engkau rasakan tidak penting dalam hidup mu itu. Buat orang luar bila-bila masa boleh putuskan hubungan tetapi dengan keluarga sendiri sampai mati ikatan itu akan ada selagi nyawa di kandung badan.Pepatah orang tua-tua Langi tidak selalu cerah kekadang mendung kekadang hujan dan kekadang kita tidak tahu berapa ketinggian setiap lapisan langit itu untuk kita ukur dengan itu jangan la terlalu ego dengan orang sekeliling dan bila engkau terjatuh baru la sedar langit itu terlalu tinggi untuk dicapai. Pada yang muda atau pun yang belum habis belajar jangan nak mengajar orang lain tentang hidup, habiskan pelajaran itu dulu baru mengajar orang yang lama sudah habis belajar. Kalau rasa nak kritik simpan jer kritikan itu dulu dan habis belajar baru beri pendapat itu ok. Nak cerita pasal budak sekolah yang mentah aku rasa malas sangat, sabab budak-budak ni bukanya sekolah kat luar negara pun sekolah pun kat tempat aku pernah lalui sama semuanya so semua aku dah tahu dan tak payah la rasa hebat sangat ok aper pun terima kasih kepada budak sampah kerana memberi pandangan ataupun nasihat pada aku.Cerita kat RPA pulak la mak abah cukup dengan kasih sayang kat anak-anak tak pulak kejap banyak kejap sikit dan tak tahu la pulak kalau kasih sayang pada mak bapak orang lain boleh jadi banyak dan sedikit macam itu, pada menantu mak abah pun sama juga tak pulak kurang kasih sayang , betambah ada la lagi pun isteri aku mengandung lagi la mak abah sayang pada isteri aku. Dengan sebab tu la aku rasakan budak sekolah yang mentah ni bodoh dalam nak kritik orang. Kalau dah tahu bodoh jangan tunjukkan kebodohan itu pada orang lain kerana boleh memalukan diri sendiri. Sampai sini aku nak kongsi rasa dalam diri aku buat tatapan pembaca yang aku jemput untuk berkongsi pendapat dan kepada budak yang masih sekolah fikirkanlah pelajaran itu dulu jangan sia-sia hidup ini dan jangan di panggil bodoh dan bangan kalo tersalah kritik hehhehe Selamat Tahun Baru 2010

Mengakhiri 2009


Lama sungguh aku tidak menulis blog ni. Macam-macam yang di fikirkan tentang hidup ini, mungkin merasakan hidup ini belum cukup sempurna tp cukup untuk aku merasa syukur pada yang maha esa yang telah memberi apa yang di pinta selama ini. Tahun 2009 menyimpan banyak memori indah tentang hidup aku, bermula dengan gelaran suami yang diberikan kepada aku pada 6 Jun 2009 cukup memberi banyak makna dalam hidup ini. Gelaran itu juga mengajar aku tentang hidup berkeluarga dan keadaan sekeliling kita. Apa yang abah dengan mak selalu pesan semuanya menjadi panduan aku untuk harungi hidup ini. Perlu tolak ansur dalam semua hal. Memang seronok lalui hidup berumahtangga tetapi dalam keseronokan itu jangan lupa untuk bantu yang memerlukan tanpa mengharap balasan atau pun untuk di kenang-kenang. Selepas 6 bulan lebih bergelar suami, banyak pengalaman yang aku dapat mungkin semua ini untuk mengajar aku cara mendidik anak sebelum kelahiran anak pertama aku (insyaallah) dalam bulan 3 nanti. Kelahiran anak aku nanti adalah hadiah hari lahir yang amat bermakna dalam sepanjang 25 tahun hidup aku. Bagi isteri tercinta terima kasih kerana mengandungkan anak ini untuk selama ini, banyak pengorbanan yang telah di berikan sepanjang mengandugkan anak ini. Mungkin geli hati melihat telatah isteri ketika mengandung ini tetapi aku tetap sedih dikala saat isteri aku tidak dapat melelapkan mata, sakit-sakit badan, batuk, tidak dapat makan apa yang di inginkan semasa mengandungkan anak ini. Banyak betul pengorbanan isteri aku dalam mengandungkan anak ini. Bila anak aku dah besar aku akan ceritakan bagaimana Umi die mengandungkan die agar die akan ingat sampai die mati. Inilah yang di tanggung mak dan abah semasa mengandungkan aku 26 tahun yang lepas dan mungkin lagi teruk dari apa yang isteri aku lalui sekarang. Sekarang ni ape yang aku lakukan semuanya sebab mak dengan abah, aku nak buat yang terbaik untuk dieorg. Apa yang abah ngan mak suruh sehabis mungkin aku akan turuti, tak sanggup untuk kecewakan hati mak tak sanggup untuk melihat mak sedih lagi.

Thursday, November 26, 2009

Selamat Hari Raya Aidiladha


Salam hari raya,
Esok hari raya aidiladha, mcm maner keadaan mak ngan abah kat sana yer..tam rindu mak ngan abah xsabar tunggu mak ngan abah balik sini. Esok hari raya yg pertama aku xdapat bersama mak ngan abah setelah 25tahun aku hidup. Rindu yang ter amat sangat kat dieorg harap mak ngan abah sihat.
Cerita KAMI(kerana aku masih ingat)
Walaupun aku duk merantau kat tempat org aku xpernah lupe akan asal usul aku, xpernah aku x mengenang budi sesiapa yang telah bantu aku untuk permulaan hidup. Aku tahu bukanya semua org sempurna dan aku tahu kita xlayak pun untuk menilai seseorg tp itu jgk x bermakna kita xboleh bercakap untuk memberi pendapat pada seseorg. Allah beri kita mata untuk melihat, Allah beri kita akal untuk berfikir untuk menilai samaada baik atau pun buruk sesuatu. Seseorg bercakap tanpa memikirkan kepintingnagn diri sendiri selalu di salah erti. Bagi yang mendengar tanpa memikirkan apa yang dikatakan membalas mengikut hati dan perasaan. Terpulang... bagi yang memberi tidak merasakan apa2 kerugian kerana telah buat yang terbaik tanpa mengharap balasan tp bagi yang mendengar dan membalas mengikut perasaan mungkin berasa malu dan mungkin berasa kehilangan. Apa pun Allah tu maha kaya dan maha kuasa sekelip mata boleh balas apa jua perbuatan tanpa menunggu di hari pembalasan ke atas hamba die.
Perjalanan hidup aku masih panjang kalo di izinkan Allah, banyak yang perlu aku belajar walaupun aku sudah merantau selama 7tahun banyak yang aku sudah lalui tp masih belum cukup aku pelajari tentang hidup ini mungkin ada yang merasakan sebulan atau dua bulan hidup di tempat orang sudah cukup untuk kita merasa megah tidak perlu tunjuk ajar dari orang sekeling mungkin itu satu kesilapan besar. Dugaan datang xpernah datang dengan memberi alamat dalam mimpi atau pun semasa kita berkhayal dugaan datang dengan serta merta yang menjadi pautan kita org sekeliling kita bukan yang jauh...yang jauh hanya boleh mendengar rintihan kita org sekeliling kita la yang akan bantu dan dengan itu jgn sesekali ckp org disekeling kita ni memalukan kita.
Setiap hari aku perlu belajar tentang kehidupan supaya aku lagi memahami tentang hidup ini. Selepas ni aku perlu mengarjar anak-anak aku tentang kehidupan. Sebut pasal anak ni banyak benda yang kita perlu fikirkan bukan dengan kawin dapat anak dah happay. Ada org dengan pandai masak sambal ker kotiew ker bihun goreng ker ape-apa la yang sewaktu dengan nya jer ingat dah boleh kawin dah boleh ada anak ni bukan cerita zaman kanak-kanak la boleh main masak-masak leh jadi laki bini leh jadi anak la. ni REALITI KEHIDUPAN segala kita kena tempuh bukan kita nak hidup berdua jer. Pas kawin kita ada belah laki dan belah perempuan so keluarga tu dah jadi besar n bila dah besar mcm lagi masalah yang timbul. Kalo dalam keluarga sendiri pun kita xboleh nak handle mcm maner ngan keluarga yang besar ni??? sebab 2 la ALLAH 2 bagi akal untuk kita fikir sejenak jangan ada masalah lari, igat dengan lari boleh selesai semua masalah ker?? bila kita lari masalah pun lari jgk ikut kita bukan nyer masalah tu nak duk diam org bodoh n bangang jer slalu wat mcm 2 xpernah fikir apa akan jadi lepas lari dari masalah. Kita patut tempuh apa masalah yang datang xkira la besar ker kecik ker itu la nak matang kan hidup kita dan baru la boleh kawin FAHAM ke..
'SAYANG' faham ker maksud ni...kalo faham bagus la tp aku rasa sesetengah org xfaham pun. dari koteks aku SAYANG ni bermaksud semua yang ada depan mata kita perlu kita sayang jgn sayang pada dua tiga kerat jer. Igt!! dunia ni bukan kita yg cipta kalo tahu bukan kita yang cipta kita kena sayang semua yg ada terutama yg byk berjasa pada kita cth MAK, ABAH dan bla bla bla ikut turutan jgn plak terlebih sayang pada org yang xder kena mengena ngan idup kita kita. Sayang mak kita dulu baru la sayang mak org lain. Ni kalo mak sendiri pun x sayang nak sayang lebih mak org lain wat per igt mak org tu sayang sgt ker kat ko?? baik die sayang ank die sendiri lagi baik. Sebab apa aku cakap mcm ni..Bila makbapak kita dah mati kelak terputus la segala amalan die kecuali doa dari anak yang soleh..itu la sbb aku suh org yang xder kasih sayang terhadap makabah die pergila balik mintak maap sebelum terlambat ni ok.
Apa yang aku cerita ni REALITI KEHIDUPAN aku, byk yang aku lalui dan aku kongsikan bersama pembaca blog yang xdiundang atau pun diundang.So kalo dah baca ni sedarla sendiri kalo tersinggung 2 jgn la menangis xder apa untuk di tangisi sekadar pedoman yang masih hidup. Aku xbuat cerita untuk orang mati ataupun hantu-hatu yang berkeliaran dikampung atau di bandar. Hidup perlu diteruskan jgn segan jgn pilu untuk mengaku kesalahan jgn berat untuk ucap maaf sekali kita maafkan org insyaallah beribu kali org akan maafkan kita. Yang baik datang darinya yang buruk atas kesilapan aku Semoga ALLAH ampun akan dosa-dosa kita yang lepas.

Tuesday, November 17, 2009

RINDU KAT ABAH NGAN MAK



1234

Satu... kasih yg abadi
Tiada tandingi dia yang satu
Dua... sayang berpanjangan
Membawa ke syurga kasihnya ibu

Tiga... lapar dan dahaga
Rela berpayahan setianya ayah
Empat... mudah kau ketemu
Berhati selalu beza antara
Kasih dan kekasih

Ibu kuingat dahulu
Menyisir rambut ku kemas selalu
Ayah menghantar ke sekolah
Bergunalah ilmu bila dewasa

Sayang dengar lagu ini
Untuk kau sandarkan buat pedoman
Jangan manis terus ditelan
Pahit terus dibuang... itu bidalan
Harus kau renungkan

Andai kau beroleh bahagia
Ingat itu bukan untuk selamanya
Andai kau dalam sengsara
Ingat itu bukan untuk selamanya
Hidup ini sementara

Selamat Menunaikan Haji









13 November 2009. 0400 - Di Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya
Abah, Mak, Opah, Opah Yut, Opah Timah, Opah Angah dan Atok Amat berangkat untuk pergi memunaikan haji.

Wednesday, October 28, 2009

Tempat Aku Menjalankan Kerja


Dah sekian lama baru aku nak letak gambar tempat kerja aku. Ni la ruang aku menjalankan kerja. Dalam surat jawatan aku ditawarkan sebagai Pembantu Teknik dan kini dikenali sebagai Penolong Jurutera.Nama jer gempak tapi xder sikit kerja taknikal pun aku buat, yang aku buat adalah tugas pereka. Dah naik giler aku wat kerja ni tp xperla janji aku dibayar sebagai Penolong Jurutera hahah kalo dibayar gaji mcm pereka mampuih aku xnak wat kerja ni.Hari-hari aku datang kerja memikirkan design poster apa yang aku nak wat.Itu la kerja aku.

Selamat Datang Rumah KAMI





No 10 Jalan Dahlia 9/3,
Taman Dahlia,
Bandar Baru Salak Tinggi,
43900 Sepang.

Ni la rumah sewa aku sekarang, dah dekat seminggu lebih aku tinggal disini. Memang best la hidup sendiri, nak wat apa pun xda orang nak bising semua kerja aku yang wat. Sekarang ni aku dah semakin rajin untuk memasak, macam-macam aku dah masak untuk wife aku ngan adek aku. hahah kalo xsedap makan jer la yer next time aku akan cuba bagi sedap lagi hahah. Sekarang ni aku tengah membersihkan keliling rumah aku yang penuh dengan rumput. Itulah rutin harian aku bila pulang dari kerja mesti mencangkul,penat jugak tiap-tiap hari aku mencangku ni pun dah sakit-sakit pinggang huhuhuh.

Tuesday, October 20, 2009

Kembali Tenang


Amin.. Sungguh tenang keadaan aku sekarang ini, walaupun keadaan kewangan aku semakin gawat akibat daripada berpindah rumah, hati aku cukup tenang sekali. Keadaan kembali normal hidup aku tidak lagi tertekan. Memang betul cakap orang-orang tua kebahagian, kegembiraan dan ketenangan bukan boleh di beli dengan wang ringgit. Sebanyak mana pun duit yang kita ada belum tentu menjanjikan bahagia. Berjaya juga aku lalui situasi yang betul-betul menguji kesabaran dalam hidup aku. Sekarang ni aku boleh balik dari kerja dengan senyuman tiada apa lagi yang boleh membuatkan aku kurang selesa dengan keadaan sekeliling. Apa yang aku tertinggal dulu aku akan buat kembali. Aku KEMBALI dengan kemera kesayangan aku untuk terus mencari sesuatu yang indah pada muka bumi ini untuk diabadikan dalam blog aku ni. Dah lama aku tak mencari bangunan-bangunan yang mempunyai seni tersendiri, bunga-bunga ciptaan tuhan yang begitu cantik dan bermacam-macam lagi untuk aku ambil.Sekali lagi ucapan TERIMA KASIH yang tidak pernah lekang untuk di ucapkan pada semua yang telah membantu.

Monday, October 19, 2009

Mati Hidup Kembali



MATI HIDUP KEMBALI

Jalan raya terlampau sunyi
Untuk ku terus bermimpi
Mataku belum mengantuk lagi
Bawa ke mana sahaja kupergi

Tunjukkan ku bulan gerhana
Tiada siapa nak kujumpa
Pendirian tiada kusangka
Tak mengapa oh tak mengapa

Malam semalam gundah gulana
Hari ini hari mulia
Tak pernah daku rasa begini
Seperti mati hidup kembali

Bawakan kuhilang dari ingatan
Hari ini sehingga esok
Tak pernah daku rasa begini
Seperti mati hidup kembali

Agar sepenuh dengan pendirian
Kucapai sebelah tangan
Sebalik awan ada cahaya
Bercahayalah selamanya

Daku tertawa seorang diri
Darah yang mengalir terhenti
Fikiranku melayang-layang
Tiada siapa yang perasan

Thursday, October 15, 2009

a new day, a new ray, a new hope


Syukur Alhamdulillah kehadrat Ilahi yang mencipta seluruh alam ini, limpah kurnia dan rahmat dari Nya yg maha mengetahui segalanya. Segalanya bermula pada petang selasa 13/10/09 perjalan pulang dari kerja yang begitu memenatkan, otak hampir tepu untuk berfikir pencarian tetap diteruskan walaupun telah berkali pergi ke tempat yang sama,apa yang dapat hanyalah kehampaan. Akhirnya tak terkata bila aku dapat sesuatu yang aku tunggu dan tidak pernah untuk berputus asa untuk memberikan yang terbaik pada isteri aku dan anak yang sedang dikandung. Air mata aku mengalir tanda gembira yang teramat sangat ketika itu, bagaikan mendapatkan sesuatu yang bernilai. Apa yang aku dapat hanyalah sekeping kertas iklan yang telah koyak tergantung dihadapan rumah kosong yang menyatakan RUMAH UNTUK DISEWA perasaan sungguh gembira dengan harapan aku akan dapat tunaikan permintaan isteri aku untuk duduk di kawasan itu. Petang yang hampir ke penghujung,hari semakin gelap merubah segalanya bila mana tuan rumah membenarkan aku menyewa. Apa yang aku rasa ketika itu sinar cukup terang, hiba yang aku tanggung selama ini akan berakhir. Aku akan pastikan isteri dan anak aku akan sentiasa bahagia dalam jagaan aku untuk selamanya. Terima Kasih ALLAH.

Saturday, September 26, 2009

Keluarga Aku


Aku dan Syg, baby dalam perut lagi hari raya ni usia baby baru 3 bln. Tahun depan baru la nampak baby.

MALEK BIN MOHD


Berbaju melayu merah dan bersamping. Kantoi la plak nampak duit raya dalam poket tu.

Pusara Abang


Setiap hari raya pasti aku akan ziarah pusara abg. walaupun aku tak dapat tengok abang satu hari nanti pasti aku akan bertemu die juga. Al Fatihah

Sama Merah Haahhaha..


Bersama abg2 dan sepupu aku, maner adek aku ek??? mungkin sekarang die tak tahu aper erti keluarga, kasih sayang dan kerinduan. mungkin lagi 2 tahun die akan rasa apa yang KAMI rasa. Aku dan Ngah sudah berkeluarga, masa untuk KAMI tak banyak seperti dulu semua benda perlu di bahagi dua. Tahun depan long akan rasa apa yang aku dan ngah rasa. Tp ngah masih bernasib baik, long pun akan jadi macam ngah jgk masih berkesempanan untuk mencuri masa. Aku tak macam dieorg,aku JAUH bagi aku bila dah berjauhan aku nak wat yang terbaik bila bersama keluarga aku, aku tak banyak masa untuk dibazirkan setiap detik bila bersama keluarga aku akan hargai. Bila aku teruk kena hentam xsiapa yg tahu...

Di Pagi Aidilfitri


Gambar yang akan menjadi kenangan abadi buat selamanya pada tahun 2009, dari kiri Mak, Ngah, Aku, Wan, Arop, Maksu, Adi, Paksu, Abah. Baris kedua dari kiri Kak Ngah, Syg, Long dan Aina. Baris hadapan Along, Opah dan Atok. Semoga Kita berjumpa lagi di hari raya akan datang..Kami SAYANG Kamu Semua.

Friday, September 25, 2009

Hari Pertama Kerja Selepas Raya.

Ermmm...hujan lebat sangat pagi ni, nasib ada baju hujan untuk melapik tubuh aku dari basah. Sepanjang jalan dari Sepang sampai la ke Pantai Dalam lengang boleh kira berapa biji kereta yang lalu. Bosan sangat la bosan hidup di kotaraya ni, baru semalam aku tiba di ibu kota ini setelah lama bercuti di kampung halaman aku.Fikiran aku masih memikirkan suasana hari raya di kampung teringatkan mak, abah, opah, atok, abg, adek dan sanak saudara masih belum puas untuk merasakan semua itu. Tempat ini sudah tidak tenang bagi aku, aku masih rasakan ada benda yang tidak kena dalam hidup aku ini. Semua ini aku kena teruskan untuk mencari sesuatu yang akan membuatkan aku gembira bersama isteri aku.

Thursday, September 17, 2009

Esok balik kampung



Balik Kampung

Perjalanan jauh tak ku rasa
Kerna hati ku melonjak sama
Ingin berjumpa sanak saudara
Yang selalu bermain di mata

Nun menghijau gunung ladang dan rimba
Langit nan tinggi bertambah birunya
Deru angin turut sama berlagu
Semuanya bagaikan turut gembira

Balik kampung oh oh...
Hati girang
Ho ho... Balik kampung
Hati girang

Terbayang wajah-wajah yang ku sayang
Satu-satu tersemat di kalbu
Pasti terubat rindu di hati
Menyambut kepulangan ku nanti

Monday, September 14, 2009

Salam Aidil Fitri Ayahanda dan Bonda



Salam Aidilfitri Ayahanda dan Bonda

Terkenang Di Ketika Itu
Ku Dimanja Dan Disayang Selalu
Apa Saja Kemahuan Diri
Akan Cuba Dipenuhi

Walau Hidup Dalam Kesukaran
Kau Kan Cuba Untuk Membahagiakan
Demi Anak-Anak Yang Tersayang
Kau Berdua Kan Berkorban

Tetapi Baru Kusedari
Tidak Mungkin Kan Terbalas Budi
Pengorbanan Mu Tiada Ternilai
Hanya Tuhan Kan Membalasnya

Salam Aidilfitri
Ayah Bonda Yang Dicintai
Maafkanlah Anakmu Ini
Kerna Belum Cukup Berbakti

Pabila Menjelang Lebaran
Baju Baru Kan Disediakan
Walau Mungkin Kami Tak Mengerti
Keperitan Saat Itu

Namun Wajahmu Terus Barcahaya
Oh Sucinya Kasih Sayang Itu
Di Bibir Mu Kan Menguntum Senyum
Andai Anakmu Bahagia

Salam Aidilfitri
Ayah Bonda Yang Dicintai
Maafkanlah Anakmu Ini
Kerna Belum Cukup BerbaktiDi Aidilfitri,Di Aidilfitri

Selamat Hari Raya Aidilfitri


Aku nak ucap selamat hari raya dan mintak maaf banyak-banyak kepada semua yang pernah singgah ke blog aku ni. semoga hari raya ini di sambut penuh kegembiraan disamping keluarga tersayang. Kepada isteri aku yang menyambut hari raya tahun pertama bersama aku semoga bergembira dan ceria selalu. Tahun ni aku dan isteri akan berhari raya di Perak. yahooooooo

Tottenham Hotspur vs Manchester United


Tahniah buat ManU

Tuesday, September 8, 2009

Ni untuk web Kitar Semula

Ni la kerja aku buat, kerja yang merepek..sampai bila aku tak tahu. kalau ada job lain yang best dah lama aku berambus, sebab fikirkan famili aku la yang aku stay kat sini.

Ketua yg bangang!!!!


Hari ni seperti biasa aku meneruskan kerja di tempat kerja yang belum tahu hala tujunya. Masih kabur dalam suasana politik yang tidak stabil di negara kita. Mungkin dahulu ada hala tujunya untuk mencapai matlamat negara maju yang bersih dan disamping mengaut keuntungan daripada matlamat yang hendak di tuju , rupanya apa yang dirancang tidak mengikut apa yang di caturkan. Sekarang ni pun semua tidak mengenali tempat yang aku kerja, sudah banyak duit rakyat dibazirkan dengan tempat kerja aku ini. Banyak yang aku rasa tidak betul tapi apa yang aku boleh buat cuma tunggu dan lihat apa yang akan jadi pada tempat kerja ini. Itulah sedikit sebanyak cerita tentang tempat kerja aku. Yang hendak aku ceritakan lagi adalah kemagkuk ayunan ketua di tempat kerja aku, yang tidak membenarkan kakitangannya mengambil cuti yang lebih pada hari raya ini. Punya la bodoh!!! hari raya hanya setahun sekali sahaja bukan nyer ada empat lima kali setahun, kilang papan pun cuti seminggu ni kan pula tempat kerja yang belum diiktiraf oleh akta. Apa kerja yang hendak di buat??? datang kerja mcm orang bodoh jer ker???melangut sampai petang... bagi la cuti...itu pun susah ker???

Tuesday, September 1, 2009

RON95 naik 5sen jer ( RON97 naik 25sen ajer tak banyakkan)hahahha


Petikan dari keratan Berita Harian

KUALA LUMPUR: Mulai hari ini, kira-kira 3,500 stesen minyak seluruh negara akan menjual petrol baru RON95 pada harga runcit RM1.80 seliter, meningkat lima sen berbanding RM1.75 seliter ketika diperkenalkan 12 Mei lalu.

Pada masa sama, kerajaan mengekalkan petrol RON97 sebagai produk premium atau pilihan dengan harganya dinaikkan 25 sen daripada RM1.80 kepada RM2.05 seliter.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, menjelaskan harga RM1.75 seliter bagi RON95 yang diumumkan Mei lalu ditetapkan berdasarkan harga minyak dunia ketika itu AS$40 setong.


"Kini harga petrol dunia melonjak kepada AS$82 setong. Ini bermakna peningkatan sebanyak 102 peratus.

"Penetapan harga petrol di negara ini menggunakan Mekanisme Harga Automatik (APM) di mana ia bergantung kepada kedudukan harga kos produk di pasaran dunia.

"Sekiranya harga minyak dunia mengalami penurunan, maka kerajaan akan menyemak semula harga petrol dan turunkan harga petrol. Jika harga minyak dunia naik, maka kita akan membincangkan perkara itu dalam Majlis Ekonomi Negara.

"Setakat ini saya yakin sehingga hujung tahun ini tidak akan berlaku kenaikan harga minyak," katanya pada sidang media selepas majlis pelancaran RON95 seluruh negara di Stesen Minyak Petronas Lebuh Raya Sprint di sini, semalam.

Ismail Sabri berkata, walaupun harga RON95 ditetapkan RM1.80 seliter, kerajaan dianggarkan masih membayar subsidi sebanyak 33.81 sen seliter atau RM304 juta sebulan.

Beliau berkata, anggaran subsidi petrol RON97 yang ditanggung kerajaan pula ialah 42.72 sen seliter.

Pada sidang media itu, Ismail Sabri juga mengumumkan mulai hari ini, petrol RON92 akan dimansuhkan kerana penggunaannya begitu kecil, iaitu sekitar lima peratus daripada jumlah keseluruhan penjualan petrol di negara ini.

"Sebab itu, kerajaan memperkenalkan RON95 bagi memastikan pengguna mendapat faedah langsung produk petroleum yang lebih berkualiti pada harga yang disubsidi.

"Statistik juga menunjukkan 80 peratus pengguna sudah menggunakan petrol RON95 berbanding RON97 sejak penjualan RON95 di beberapa stesen minyak terpilih sekitar Lembah Klang dan Putrajaya, mulai 12 Mei lalu," katanya.

Beliau berkata, sehingga kini tiada rungutan atau aduan yang diterima mengenai prestasi enjin kenderaan akibat penggunaan petrol RON95.

Bagaimanapun, katanya, kerajaan akan mengekalkan petrol RON97 sebagai produk premium atau pilihan kerana ada kenderaan terutama berkuasa tinggi memerlukan petrol berkenaan.

sungguh perihatin Kerajaan Kita...1 Malaysia Rakyat memang didahulukan hahahaah....

Monday, August 10, 2009

Bosan...

huuuuuuuuuuuu......................
Tak tahu la tahap apa aku nak cakap bosan kali ni. Sekarang ni aku dalam kursus di Ayer Keroh, Melaka. Kalau diikutkan hati tak nak aku datang ke sini tapi apa boleh buat ini adalah salah satu ujian untuk aku sahkan jawatan aku. Perghhhhh...........memang bosan apa pun aku tak leh nak buat sesuka hati aku semua benda sudah di susun untuk aku, tunggu masa untuk laksanakan apa sahaja yang diperintah. Mak cakap semua kena ikut jer kalau nak lulus, memang aku nak lulus dan tak sanggup aku nak ulangi kursus ini sekali lagi. Sebelum datang sini aku di serang degupan jangtung yang laju sama seperti yang pernah aku kena dulu tapi kali ni hanya untuk sehari sahaja kalau mengikut kehendak mak aku memang die tak bagi aku datang sini tapi aku nak pergi juga sabab ni adalah kumpulan pertama so tak banyak lagi aktiviti yang dieorg ada. Selepas hari kedua aku di dalam kursus ni aku kesihatan aku semakin ok degupan jantung aku pun semakin seperti biasa. Syukur alhamdulillah aku ucapkan pada ilahi, mak, sayang, abah dan famili yang bantu aku.

Thursday, August 6, 2009

1973-1984

Mengingati kisah sekolah

KALAU KORANG LAHIR PADA TAHUN 1973-1984..
MESTI KORANG INGAT NI


Kita membesar dgn menonton G-Force, Transformers, Thundercats, Silver Hawk, Woody Woodpecker, Chipmunks n Mickey Mouse. Not to forget NinjaTurtles, Mask, Smurfs dan Voltron. lg satu Gaban.Berus gigi time waktu rehat kat skolah rendah?...hmm, mesti pegang
cawan warna-warni kan . mencangkung kat tepi parit dgn classmates semua katseblah... ingat tak, misi kat skolah masuk kelas dgn list dentist appointment.Pastu bunyi gigi member kite kene gerudi kat bilik sebelah. ada gigiyang berlubang, kene laa tampal. ni sure korang igt...program minum susu di skolah. nak galakkan budak2 time tuh minum susu. sekotak 30 sen jek beb...cikgu2 kalau nak denda, mesti guna pembaris panjang warna kuning tu.Pukul tapak tangan... kan ?semangkuk mi sup ke, mihun sup ke, 50 sen jek kat kantin.time skolah menengah, korang sure beli kasut skolah Bata BM Turbo atauPallas Jazz. ada yang suka kasut high-cut yang buatan china tu...adayang suka stoking tebal laaa.....internet? email? Menda alah ape tu?
CD? ape tu? kaset tape penah laa dgr.. Tiket wayang pun 5 inggit je.kite pegi kedai runcit, beli Chickerdis, Mamee , Kum Kum, UFO, O-Ya,Ding Dang chocolate balls yang ada mainan kat dlm die, 'telur' keraswarna warni, 'rokok' chewing gum, KIKI Bubble Gum. tak dilupakan, 'Ti
Kam'. bile dah abih exam, main Monopoly la, Donkey la, Happy Family laadlm class.tapi bunyi loceng laa yang paling best skali. boleh beli aiskrim nganapek kat luar skola tuh...lagi satu loceng masa nak pegi rehat. tinggal kan keje skolah, jom kitapegi makan. budak2 yg dpt Rancangan Makanan Tambahan (RMT) mesti kluarawal. lagi satu yang seronok mase time Pendidikan Jasmani, PJ. main bola laa,rounders laa... permainan kegemaran, main guli, batu seremban, penutup botol, batangaiskrim, 'Pepsi Cola one-two-three' , 'Police & Sentry', main kejar2duduk... kita hilangkan dahaga dgn aiskrim 10 sen. Yang tube aiskrim, ada byk2 color tu.kalau nak makan, kene patahkan kat tengah2 die!lipat kertas kecik2, pastuh buat lastik. hmmm..ni pun kita main duluni. baling2 kapur laa.
hmm...budak2 skarang, bagi diorg, diorg mane penah dgr lagu 'We Are the World, We Are the Children...' dan lagu 'Uptown Girl' yang diorg tau,yg Westlife nyanyi....bkn Billy Joel nyanyi...bagi diorg, ada satu je Jerman kat dunia ni, dan ade satu je Vietnam. AIDS wujud sejak diorg lahir.CD pun wujud time diorg lahir.
Michael Jackson dah putih dah time tu.Diorg percaya Spiderman dgn Incredible Hulk tu filem2 baru.Diorg tak bley bayangkan skrin hitam putih utk sebuah komputer.Diorg tak penah tau pun 'Atari' dgn 'Game & Watch'.Diorg tak percaya penah ada TV hitam putih... dan diorg skarang takreti nak switch on TV kalau xde remote control.dan diorg tak paham macam mane kite boleh survive dkt universiti tanpahandphone... hmm....jom kite check, kite ni dah tua ke:

1. korg paham ape yang korang baca kat atas ni, dan korg sure tersenyum

2. kebanyakan member2 skolah menengah kite dah kawin


3. korg sure pelik bile nengok bdak2 kecik main komputer, selamba je


4. kita geleng kepala bile nengok bdak2 skolah menengah guna handphone

5. kita dah tak byk sembang2 dgn member melalui telefon lagi setiap
hari

6. bile jumpe member lame dari semasa ke semasa, seronok bile
bersembang pasal cerite2 lame, cerite2 kelakar yang kite alami mase dulu time
kecik2, nakal2 dulu...

tapi apa yang pentinglahkan..bila kenangkan saat ni semua dgn
mendalam.. mgkin ada diantara kita mengalirkan air mata..
yelah mana taknya bebudak zaman skrg walhal anak sendiri pun takkan
lalui zaman yg sebegitu lagi... sayangnya masa begitu pantas berlalu...Dimanakah kita???

(Ini yang aku dapat dari email aku yang sekian lama aku xbukak, memang terigt apa yang dikatakan mungkin aku terlupa cerita-cerita itu setelah dibuai dengan politik Malaysia yang belum tahu kesudahannya..)
Aku Rindukan Zaman Sekolah Aku

Monday, August 3, 2009

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails