Thursday, December 31, 2009

Selamat Datang 2010


2010 apa lagi impian aku yang belum tercapai?? yang pasti aku ingin masuk rumah baru aku, maka tercapailah satu lagi impian aku untuk memberikan suatu kediaman yang selesa untuk isteri tercinta. Rumah tu lambang cinta yang di kongsi bersama untuk mengharungi hidup ini dengan selesa. Mak Abah pasti bangga dan merasakan tidak sia-sia didikan yang diberi selama ini akhirnya berbaloi dengan apa yang aku perolehi pada usia yang begitu muda. Terima kasih mak abah yang telah beri didikan pada tam selama ini dan tak pernah rasa jemu untuk beri nasihat atau pun pandangan. Memang nasihat dan pandangan orang tua amat penting dalam melalui hidup ini. Jangan sesekali hidup dengan ego dan bongkak, akhirnya tak kemana pun. Pada saudara mara yang bongkak dan ego bersama orang luar teruskan ego mu itu dan pasti satu hari nanti engkau akan kembali pada keluarga yang engkau rasakan tidak penting dalam hidup mu itu. Buat orang luar bila-bila masa boleh putuskan hubungan tetapi dengan keluarga sendiri sampai mati ikatan itu akan ada selagi nyawa di kandung badan.Pepatah orang tua-tua Langi tidak selalu cerah kekadang mendung kekadang hujan dan kekadang kita tidak tahu berapa ketinggian setiap lapisan langit itu untuk kita ukur dengan itu jangan la terlalu ego dengan orang sekeliling dan bila engkau terjatuh baru la sedar langit itu terlalu tinggi untuk dicapai. Pada yang muda atau pun yang belum habis belajar jangan nak mengajar orang lain tentang hidup, habiskan pelajaran itu dulu baru mengajar orang yang lama sudah habis belajar. Kalau rasa nak kritik simpan jer kritikan itu dulu dan habis belajar baru beri pendapat itu ok. Nak cerita pasal budak sekolah yang mentah aku rasa malas sangat, sabab budak-budak ni bukanya sekolah kat luar negara pun sekolah pun kat tempat aku pernah lalui sama semuanya so semua aku dah tahu dan tak payah la rasa hebat sangat ok aper pun terima kasih kepada budak sampah kerana memberi pandangan ataupun nasihat pada aku.Cerita kat RPA pulak la mak abah cukup dengan kasih sayang kat anak-anak tak pulak kejap banyak kejap sikit dan tak tahu la pulak kalau kasih sayang pada mak bapak orang lain boleh jadi banyak dan sedikit macam itu, pada menantu mak abah pun sama juga tak pulak kurang kasih sayang , betambah ada la lagi pun isteri aku mengandung lagi la mak abah sayang pada isteri aku. Dengan sebab tu la aku rasakan budak sekolah yang mentah ni bodoh dalam nak kritik orang. Kalau dah tahu bodoh jangan tunjukkan kebodohan itu pada orang lain kerana boleh memalukan diri sendiri. Sampai sini aku nak kongsi rasa dalam diri aku buat tatapan pembaca yang aku jemput untuk berkongsi pendapat dan kepada budak yang masih sekolah fikirkanlah pelajaran itu dulu jangan sia-sia hidup ini dan jangan di panggil bodoh dan bangan kalo tersalah kritik hehhehe Selamat Tahun Baru 2010

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails