Thursday, December 31, 2009

Mengakhiri 2009


Lama sungguh aku tidak menulis blog ni. Macam-macam yang di fikirkan tentang hidup ini, mungkin merasakan hidup ini belum cukup sempurna tp cukup untuk aku merasa syukur pada yang maha esa yang telah memberi apa yang di pinta selama ini. Tahun 2009 menyimpan banyak memori indah tentang hidup aku, bermula dengan gelaran suami yang diberikan kepada aku pada 6 Jun 2009 cukup memberi banyak makna dalam hidup ini. Gelaran itu juga mengajar aku tentang hidup berkeluarga dan keadaan sekeliling kita. Apa yang abah dengan mak selalu pesan semuanya menjadi panduan aku untuk harungi hidup ini. Perlu tolak ansur dalam semua hal. Memang seronok lalui hidup berumahtangga tetapi dalam keseronokan itu jangan lupa untuk bantu yang memerlukan tanpa mengharap balasan atau pun untuk di kenang-kenang. Selepas 6 bulan lebih bergelar suami, banyak pengalaman yang aku dapat mungkin semua ini untuk mengajar aku cara mendidik anak sebelum kelahiran anak pertama aku (insyaallah) dalam bulan 3 nanti. Kelahiran anak aku nanti adalah hadiah hari lahir yang amat bermakna dalam sepanjang 25 tahun hidup aku. Bagi isteri tercinta terima kasih kerana mengandungkan anak ini untuk selama ini, banyak pengorbanan yang telah di berikan sepanjang mengandugkan anak ini. Mungkin geli hati melihat telatah isteri ketika mengandung ini tetapi aku tetap sedih dikala saat isteri aku tidak dapat melelapkan mata, sakit-sakit badan, batuk, tidak dapat makan apa yang di inginkan semasa mengandungkan anak ini. Banyak betul pengorbanan isteri aku dalam mengandungkan anak ini. Bila anak aku dah besar aku akan ceritakan bagaimana Umi die mengandungkan die agar die akan ingat sampai die mati. Inilah yang di tanggung mak dan abah semasa mengandungkan aku 26 tahun yang lepas dan mungkin lagi teruk dari apa yang isteri aku lalui sekarang. Sekarang ni ape yang aku lakukan semuanya sebab mak dengan abah, aku nak buat yang terbaik untuk dieorg. Apa yang abah ngan mak suruh sehabis mungkin aku akan turuti, tak sanggup untuk kecewakan hati mak tak sanggup untuk melihat mak sedih lagi.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails