Tuesday, February 2, 2010

Pesan abah kalau die ingat kat abah nagn mak die akan balik.


Sudah masuk bulan februari 2010 aku masih belum berkesempatan untuk pulang ke kampung halaman, terus di hantui kerinduan pada tempat aku membesar sungguh pun tiada apa yang menarik seperti di bandar metropolitan ini aku tetap rasakan di kampung adalah tempat paling tenang. Kerinduan bukan sahaja pada kampung aku tetapi juga pada dua insan yang aku paling sayang dalam hidup ini tanpa meraka bagi aku tiada makna untuk semua yang aku telah kecapi, kerana doa dan harapan dua insan ini aku berjaya dalam hidup aku sekarang. Selama aku duduk merantau ini aku tak pernah lupakan apa yang mereka pesan apa yang di amanatkan pada aku sebab aku tahu dari permulaan apa yang kita lakukan semuanya perlukan pertolongan dan bantuan dari dua insan ini. Pada mak ngan abah, sampai bila-bila tam akan sayang.

Tapi kenape yer kekadang bila kita dah berjaya boleh melupakan semua yang telah di berikan selama ini??

Islam meletakkan ibu bapa pada kedudukan yang tinggi. Syariat menetapkan mentaati ibu bapa sebagai satu kewajipan yang perlu dilakukan oleh setiap anak. Arahan mentaati ibu bapa banyak terdapat di dalam al-Quran dan al-Hadis membuktikan peri pentingnya dilakukan perkara tersebut.
Antara ayat menyuruh berbuat baik terhadap ibu bapa ialah ayat 36 surah an-Nisa bermaksud: Sembahlah Allah, dan janganlah kamu mempersekutu-Nya dengan sesuatupun. Dan berbuat baiklah kepada kedua ibu bapamu
Sesungguhnya Allah perintahkan setiap anak mentaati dan berbuat baik kepada kedua ibu bapa. Firman Allah dalam surah al-Ahqaaf ayat 15 bermaksud: Kami perintahkan kepada manusia supaya berbuat baik kepada kedua ibu bapa.
Allah akan meredai usaha seorang anak, jika usaha itu diredai oleh ibu bapanya. Dan Allah akan murka jika ibu bapanya murka. Tirmizi meriwayatkan hadis bermaksud: Keredaan Allah berdasarkan keredaan ibu bapa. Dan kemurkaan Allah juga berdasarkan kemurkaan ibu bapa.
Betapa besar jasa ibu bapa yang tidak mungkin dibalas oleh seorang anak. Hadis riwayat Muslim dan Abu Daud berbunyi: Seorang anak itu belum dapat lagi membalas jasa orang tuanya sehingga dia mendapatinya sebagai hamba. Lalu dibelinya dan dimerdekakannya

Keutamaan mentaati dan berbuat baik ibu bapa mendahului pihak lain kerana ibu bapa paling hampir dengan kehidupan seseorang. Ibu menanggung azab dan kesukaran sepanjang sembilan bulan sepuluh hari mengandung dan menyusukan anak selama kira-kira dua tahun.
Bapa pula membanting tulang memerah fikiran dan keringat mencari rezeki untuk membesarkan anak. Justeru itu apa-apa kebaikan yang ingin dilakukan, haruslah diutamakan kepada kedua ibu bapa.

Kepada anak-anak yang merasakan diri mereka ni dah menguris hati mak bapak korang ataupun dengan kata lain dah derhaka kepada kedua orang tua kamu pulang dan cari la mereka mintak maaf sebelum terlambat moga kamu tidak di humban ke neraka jahanam. Kepada anak-anak yang ada perasaan sakit hati dan dengki pada ibu mintak taubat la. Aku pasti 100% engkau akan menderita bila mengandungkan anak nanti. Balasan pasti akan kamu terima satu hari nanti. Jangan mengharapkan kebahagian akan kamu dapat bila berkahwin tanpa restu dari ibubapa.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails