Tuesday, June 1, 2010

PELITA

Tak pernah sesaat daku meragui
apa yang telah daku temui
selama ini,

Tak pernah sesaat daku menyesali
apa yang telah aku nikmati
apa ku alami

selagi hayat di kandung badan

Takkan ku menyerah kalah
walau mimpi ku musnah
harapan ku hancur
sayapku patah

akan ku pancarkan cahaya,
seperti pelita ke serata dunia,
yang gelap gelita

sehingga hembusan nafas
yang terakhir

tak pernah sesaat ku mencurigai
apa yg telah aku kecapi
setakat ini

tiba saatnya kan ku tangisi
pada yang pergi, takkan kembali
Kembali lagi

selagi hayat di kandung badan

Takkan ku menyerah kalah
walau mimpi ku musnah
harapan ku hancur
sayapku patah

akan ku pancarkan cahaya
seperti pelita ke serata dunia
yang gelap gelita

sehingga hembusan nafas
yang terakhir

Selagi jasadku belum terkubur!
Selagi tubuhku, belum ditimpa uzur!
pantang datuk nenek moyangku,
Berundur!

Chorus 2X
Takkan ku menyerah kalah
walau mimpi ku musnah
harapan ku hancur
sayapku patah

akan ku pancarkan cahaya
seperti pelita ke serata dunia
yang gelap gelita

sehingga hembusan nafas
yang terakhir

Akan Ku Pancar Cahaya Seperti Pelita
Ke Serata Dunia
Seperti Cahaya…….

Tuesday, March 2, 2010

mak abah dah balik..

sedih la...
itu yang aku rasa sekarang ni mungkin ini pekara biasa yang terjadi pada aku bila hendak meninggalkan mak ngan abah. Mak ngan abah baru je balik ke kampung setelah 5 hari bersama aku. Memang aku belum rasa puas bersama mak ngan abah.. setiap hari setiap detik aku rindukan mereka. Kalo boleh setiap hari aku nak tengok mak ngan abah depan mata aku ni. Bayak betul kekuatan dan semangat yang mak ngan abah berikan pada aku aku sepanjang 5 hari aku bersama mereka, tak dapat aku nak balas semua ni mak abah... samapi mati aku tak mampu balas jasa mereka.. apa yang boleh aku akan wat yang terbaik untuk mereka dan gembirakan hati dan perasaan mereka sementara berkesempatan. MAK ABAH TAM JANJI AKAN INGAT SEMUA PESAN MAK ABAH. LAGI SATU NANTI MAK ABAH DATANG UMAH TAM LAGI YER....SALAM

Thursday, February 25, 2010

yang di nanti sudah keluar

salam, semua...
hari yang indah menjadi seorang abah heheheheh...
cerita semalam paling tidak akan aku lupa sepanjang hidup aku, rupanya begini mak nak lahirkan aku.. memang sakit itu tidak dapt aku gambarkan bagaimana. kalau ader pengukur kesakitan sudah pasti tidak dapat membaca kesakitan itu pada tahap apa. Aku hanya boleh berdoa, memberi semangat pada isteri tercinta ketika dia manahan kesakitan yang teramat sangat. Detik kelahiran bermula dari jam 10 pagi apabila isteri aku dibawa ke dewan bersalin dan di masukkan di bilik no 15 untuk bersalin..tepat pukul 11 pagi air ketumban di pecahkan aku hanya menunggu di ruang rehat di dewan bedah selepas pecah air ketumban itu aku di benarkan menemani isteri aku. Setiap 5 minit isteri aku rasakan kesakitan apa yang digambarkan seperti senggugut aku pun tak tahu apa rasa senggugut, hanya wanita yang ketahui. Setelah beberapa jam air pula dimasukkan dalam badan supaya tidak merasa keletihan kerana tidak makan dan minum dari pagi lagi. keadan anak dalam kandunagn stabil degupan dia ok. Aku tetap menunggu isteri yang terlantar kesakitan hanya surah-surah dan doa dibaca tanpa henti. Bila tiba masa kesakitan isteri aku hanya mampu beristifar untuk menahan kesakitan. Setelah hampir pukul 3 petang bukaan masih sedikit dan bby masih jauh lagi untuk sampai di pintu rahim. detik ni lah air ubat diberikan pada isteri aku supaya dapat mempercepatkan lagi bukaan pintu rahim. dalam keadaan ini la isteri aku bergelut dengan kesakitan yang teramat sangat, tanpa siapa mengetahui kesakitan die aku hanya mampu berdoa dan menggemgam tangan untuk die manahan kesakitan.Hamapir beberapa jam menahan kesakitan yang teramat sangat dan aku pun tak mampu untuk melihat kesakitan itu terpaksa aku memanggil misi di situ untuk membantu. Aku di suruh keluar sebentar untuk isteri aku mendapat pemeriksaan,xdapat aku menahan sebak melihat isteri menahan kesakitan yang teramat sgt. Selesai pemeriksaan misi memberitahu isteri aku boleh melahirkan bby sekarang, bederau darah aku bila ramai misi masuk dalam bilik untuk membantu isteri aku melahirkan bby. tepat pukul 6.30 petang bermula perjuang yang amat mulia untuk melahirkan insan yang di kandung selama 9 bulan ini. memang hebat ciptaan tuhan memang hebat kuasa yang maha esa. Isteri aku berjuang hampir 45 minit untuk mengeluarkan insan ini. habis semua kudrat dikerah dan diguna kan untuk mengeluarkan insan ini. tepat pukul 7.15 malam keluarlah insan ini.. hilang segala penat yang ditanggung bila insan ini di letak di atas perut isteri tersayan. Sungguh tinggi pengorbanan seorang isteri. Aku bangga dan hargai isteri aku. Aku tak lupa juga pada mak yang lahirkan aku mungkin sama penderitaan yang ditanggung mak dan abah dalam melahirkan aku. Aku hargai mereka aku sayang mereka... aku xkan kecewakan mereka... ini janji aku.
PADA AKU SIAPA YANG TIDAK TAHU MENGENANG JASA MAK BAPAK DALAM MELAHIRKAN KITA,DI MEMANG MANUSIA PALING BANGSAT DI DUNIA NI.. APA YANG MAK BAPAK LAKUKAN PADA KITA TAK MAMPU UNTUK KITA TEBUS DENGAN APA JUA YANG KITA ADA... INGATAN PADA ANAK YANG TIDAK TAHU ERTI KELUARGA.

Tuesday, February 23, 2010

Hari ke 3

dah masuk hari ke 3 aku di Hospital Serdang ni, sedang menunggu kelahiran bby pertama aku. sekarang ni masih belum tahu bila kelahiran bby aku ni. Umi die dah rasa bosan, tension dan tertekan duk dalam hospital ni. aku tahu memang xbes duk dalam wad ni sbb aku dah merasa semua tu dan aku xnak duk lagi dalam wad. Aku pulak menunggu di dalam kereta, lobby hospital dan surau merata tempat aku g melepak bagi ilangkan bosan ni. Surat khabar tiap2 hari beli semua abis aku baca kalo nak ikutkan memang aku pun rasa tension jgk tp pikirkan bby dan umi die aku mesti bersabar dengan semua ni. Ini la dugaan aku untuk menjadi seorg bapak agar aku byk bersabar dengan kerenah ank2 aku nanti. Semalam hari pertama aku tido dalam kereta, nasib la petang semalam hujan memang lebat sangat di Hospital Serdang ni so malam aku xla rasa panas sangat duk dalm kereta. Malam ni belum tahu lagi aku tido ker tak...harap baby keluar la hari ini sian umi bby. Doa aku semoga bby cepat keluar dan umi cpt balik rumah.

Tuesday, February 2, 2010

Pesan abah kalau die ingat kat abah nagn mak die akan balik.


Sudah masuk bulan februari 2010 aku masih belum berkesempatan untuk pulang ke kampung halaman, terus di hantui kerinduan pada tempat aku membesar sungguh pun tiada apa yang menarik seperti di bandar metropolitan ini aku tetap rasakan di kampung adalah tempat paling tenang. Kerinduan bukan sahaja pada kampung aku tetapi juga pada dua insan yang aku paling sayang dalam hidup ini tanpa meraka bagi aku tiada makna untuk semua yang aku telah kecapi, kerana doa dan harapan dua insan ini aku berjaya dalam hidup aku sekarang. Selama aku duduk merantau ini aku tak pernah lupakan apa yang mereka pesan apa yang di amanatkan pada aku sebab aku tahu dari permulaan apa yang kita lakukan semuanya perlukan pertolongan dan bantuan dari dua insan ini. Pada mak ngan abah, sampai bila-bila tam akan sayang.

Tapi kenape yer kekadang bila kita dah berjaya boleh melupakan semua yang telah di berikan selama ini??

Islam meletakkan ibu bapa pada kedudukan yang tinggi. Syariat menetapkan mentaati ibu bapa sebagai satu kewajipan yang perlu dilakukan oleh setiap anak. Arahan mentaati ibu bapa banyak terdapat di dalam al-Quran dan al-Hadis membuktikan peri pentingnya dilakukan perkara tersebut.
Antara ayat menyuruh berbuat baik terhadap ibu bapa ialah ayat 36 surah an-Nisa bermaksud: Sembahlah Allah, dan janganlah kamu mempersekutu-Nya dengan sesuatupun. Dan berbuat baiklah kepada kedua ibu bapamu
Sesungguhnya Allah perintahkan setiap anak mentaati dan berbuat baik kepada kedua ibu bapa. Firman Allah dalam surah al-Ahqaaf ayat 15 bermaksud: Kami perintahkan kepada manusia supaya berbuat baik kepada kedua ibu bapa.
Allah akan meredai usaha seorang anak, jika usaha itu diredai oleh ibu bapanya. Dan Allah akan murka jika ibu bapanya murka. Tirmizi meriwayatkan hadis bermaksud: Keredaan Allah berdasarkan keredaan ibu bapa. Dan kemurkaan Allah juga berdasarkan kemurkaan ibu bapa.
Betapa besar jasa ibu bapa yang tidak mungkin dibalas oleh seorang anak. Hadis riwayat Muslim dan Abu Daud berbunyi: Seorang anak itu belum dapat lagi membalas jasa orang tuanya sehingga dia mendapatinya sebagai hamba. Lalu dibelinya dan dimerdekakannya

Keutamaan mentaati dan berbuat baik ibu bapa mendahului pihak lain kerana ibu bapa paling hampir dengan kehidupan seseorang. Ibu menanggung azab dan kesukaran sepanjang sembilan bulan sepuluh hari mengandung dan menyusukan anak selama kira-kira dua tahun.
Bapa pula membanting tulang memerah fikiran dan keringat mencari rezeki untuk membesarkan anak. Justeru itu apa-apa kebaikan yang ingin dilakukan, haruslah diutamakan kepada kedua ibu bapa.

Kepada anak-anak yang merasakan diri mereka ni dah menguris hati mak bapak korang ataupun dengan kata lain dah derhaka kepada kedua orang tua kamu pulang dan cari la mereka mintak maaf sebelum terlambat moga kamu tidak di humban ke neraka jahanam. Kepada anak-anak yang ada perasaan sakit hati dan dengki pada ibu mintak taubat la. Aku pasti 100% engkau akan menderita bila mengandungkan anak nanti. Balasan pasti akan kamu terima satu hari nanti. Jangan mengharapkan kebahagian akan kamu dapat bila berkahwin tanpa restu dari ibubapa.

Tuesday, January 5, 2010

Suatu ketika


Baru lima hari perjalanan untuk tahun ini, masih panjang untuk dilalui hidup ini dan bermacam lagi akan terjadi pada tahun ini. Apa yang pasti semua telah di rancang long akan berkahwin pada 12.6.2010. Aku insyaallah akn dapat bby dalam bulan 3 ini, detik itulah yang aku tunggu untuk menyambut kelahiran anak pertama aku. Sekarang ini banyak dugaan yang melanda hidup aku, apa pun pasrah dan teruskan perjuangan. Aku tidak akan sesekali putus asa dengan hidup ini. Banyak pengalaman yang telah aku kumpul sepanjang berkeluarga. Kasih sayang aku pada famili aku mengatasi segala apa yang aku ada. Aku benci orang yang titiskan air mata mak aku, aku benci orang itu. Pada arop ko memang tak sedar diri sapa yang dah besarkan ko. kau tak reti nak kenang jasa mak ko yang telah besarkan ko lahirkan ko. Dulu ko cakap sebelum datang KL kau nak jaga mak tp sekarang apa yang kau buat kat mak ngan abah die orang nangis sbb ko. Aku tak kisah kalo ko ckp aku ni buat baik kat ko sekadar nak suh ko kenang-kenang sekadar harap balasan tp dengan mak ko nak ckp mcm tu jgk ker. Dengan mak ngan abah ko memang kena balas apa yang dieorg dah beri kat ko bukan saja untuk dikenang malah untuk masuk syurga ko kena buat baik dengan dieorg. Setitik air mata mak jatuh sebab mengenangkan peranagi ko tanggung la ko akibatnya, memang mak akan doakan kebaikan kat ko tp die akan sedih jgk ape jua perangai yg buruk yang ko buat. Aku ckp bukan sebab nak ckp aku ni baik sangat aku pun ader jgk wat salah ada jgk wat dosa tp selagi mampu aku akan gembirakan hati mak. Aku tak la sempurna macam ko ckp sampai suruh aku jd tuhan kalo dah sempurna tp ko kena inagt bila ko ckp mcm tu apa yang jadi kat diri ko. ALLAH tu boleh balas bila-bila masa yang die nak. Mak ngan Abah sedih tgk peranagi ko bila dieorg pulang dari tanah suci ko langsung tak bertanya khabar pada mak ngan abah. Ko langsung tak nak nak amik mak nagan abah bila dieorg pulang dari tanah suci. Aku nak tanya kenapa denga ko?? kenapa ko ego sangat?? Ko bangga sgt ker dpt perempuan yang dapat teman ko bila-bila masa? Apa yang hebat sangat perempuan tu sampai ko lupa pada mak ngan abah?? kalo ko lupe kat aku aku x kisah pun tp ingat la kat mak nagn abah. Ko balik kampung pun tak reti nak bercakap ngan mak ngan abah ko biarkan dieorg, memang mak tak cakap dengan ko tp mak cakap dengan aku yang die sedih. Wie arop ko ingat ni aku nak pesan JODOH, HIDUP,MATI semua allah yang tentukan bukan ko, tak semestinya ko akan dapat apa yang ko inginkan. Bila ko dah sedar langin tu tinggi ker rendah baru la ko tahu KELUARGA itu adalah segalanya. Aku harap ko bukak fikiran ko tu dan jangan di kongkong oleh perempuan dan fikir kan apa yang dah jadi kat ABG YIN, LONG suatu ketika dulu???renungkan kemana dieorg pergi setelah semua tu jd??

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails