Friday, September 25, 2009

Hari Pertama Kerja Selepas Raya.

Ermmm...hujan lebat sangat pagi ni, nasib ada baju hujan untuk melapik tubuh aku dari basah. Sepanjang jalan dari Sepang sampai la ke Pantai Dalam lengang boleh kira berapa biji kereta yang lalu. Bosan sangat la bosan hidup di kotaraya ni, baru semalam aku tiba di ibu kota ini setelah lama bercuti di kampung halaman aku.Fikiran aku masih memikirkan suasana hari raya di kampung teringatkan mak, abah, opah, atok, abg, adek dan sanak saudara masih belum puas untuk merasakan semua itu. Tempat ini sudah tidak tenang bagi aku, aku masih rasakan ada benda yang tidak kena dalam hidup aku ini. Semua ini aku kena teruskan untuk mencari sesuatu yang akan membuatkan aku gembira bersama isteri aku.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails