Saturday, September 26, 2009

Keluarga Aku


Aku dan Syg, baby dalam perut lagi hari raya ni usia baby baru 3 bln. Tahun depan baru la nampak baby.

MALEK BIN MOHD


Berbaju melayu merah dan bersamping. Kantoi la plak nampak duit raya dalam poket tu.

Pusara Abang


Setiap hari raya pasti aku akan ziarah pusara abg. walaupun aku tak dapat tengok abang satu hari nanti pasti aku akan bertemu die juga. Al Fatihah

Sama Merah Haahhaha..


Bersama abg2 dan sepupu aku, maner adek aku ek??? mungkin sekarang die tak tahu aper erti keluarga, kasih sayang dan kerinduan. mungkin lagi 2 tahun die akan rasa apa yang KAMI rasa. Aku dan Ngah sudah berkeluarga, masa untuk KAMI tak banyak seperti dulu semua benda perlu di bahagi dua. Tahun depan long akan rasa apa yang aku dan ngah rasa. Tp ngah masih bernasib baik, long pun akan jadi macam ngah jgk masih berkesempanan untuk mencuri masa. Aku tak macam dieorg,aku JAUH bagi aku bila dah berjauhan aku nak wat yang terbaik bila bersama keluarga aku, aku tak banyak masa untuk dibazirkan setiap detik bila bersama keluarga aku akan hargai. Bila aku teruk kena hentam xsiapa yg tahu...

Di Pagi Aidilfitri


Gambar yang akan menjadi kenangan abadi buat selamanya pada tahun 2009, dari kiri Mak, Ngah, Aku, Wan, Arop, Maksu, Adi, Paksu, Abah. Baris kedua dari kiri Kak Ngah, Syg, Long dan Aina. Baris hadapan Along, Opah dan Atok. Semoga Kita berjumpa lagi di hari raya akan datang..Kami SAYANG Kamu Semua.

Friday, September 25, 2009

Hari Pertama Kerja Selepas Raya.

Ermmm...hujan lebat sangat pagi ni, nasib ada baju hujan untuk melapik tubuh aku dari basah. Sepanjang jalan dari Sepang sampai la ke Pantai Dalam lengang boleh kira berapa biji kereta yang lalu. Bosan sangat la bosan hidup di kotaraya ni, baru semalam aku tiba di ibu kota ini setelah lama bercuti di kampung halaman aku.Fikiran aku masih memikirkan suasana hari raya di kampung teringatkan mak, abah, opah, atok, abg, adek dan sanak saudara masih belum puas untuk merasakan semua itu. Tempat ini sudah tidak tenang bagi aku, aku masih rasakan ada benda yang tidak kena dalam hidup aku ini. Semua ini aku kena teruskan untuk mencari sesuatu yang akan membuatkan aku gembira bersama isteri aku.

Thursday, September 17, 2009

Esok balik kampung



Balik Kampung

Perjalanan jauh tak ku rasa
Kerna hati ku melonjak sama
Ingin berjumpa sanak saudara
Yang selalu bermain di mata

Nun menghijau gunung ladang dan rimba
Langit nan tinggi bertambah birunya
Deru angin turut sama berlagu
Semuanya bagaikan turut gembira

Balik kampung oh oh...
Hati girang
Ho ho... Balik kampung
Hati girang

Terbayang wajah-wajah yang ku sayang
Satu-satu tersemat di kalbu
Pasti terubat rindu di hati
Menyambut kepulangan ku nanti

Monday, September 14, 2009

Salam Aidil Fitri Ayahanda dan Bonda



Salam Aidilfitri Ayahanda dan Bonda

Terkenang Di Ketika Itu
Ku Dimanja Dan Disayang Selalu
Apa Saja Kemahuan Diri
Akan Cuba Dipenuhi

Walau Hidup Dalam Kesukaran
Kau Kan Cuba Untuk Membahagiakan
Demi Anak-Anak Yang Tersayang
Kau Berdua Kan Berkorban

Tetapi Baru Kusedari
Tidak Mungkin Kan Terbalas Budi
Pengorbanan Mu Tiada Ternilai
Hanya Tuhan Kan Membalasnya

Salam Aidilfitri
Ayah Bonda Yang Dicintai
Maafkanlah Anakmu Ini
Kerna Belum Cukup Berbakti

Pabila Menjelang Lebaran
Baju Baru Kan Disediakan
Walau Mungkin Kami Tak Mengerti
Keperitan Saat Itu

Namun Wajahmu Terus Barcahaya
Oh Sucinya Kasih Sayang Itu
Di Bibir Mu Kan Menguntum Senyum
Andai Anakmu Bahagia

Salam Aidilfitri
Ayah Bonda Yang Dicintai
Maafkanlah Anakmu Ini
Kerna Belum Cukup BerbaktiDi Aidilfitri,Di Aidilfitri

Selamat Hari Raya Aidilfitri


Aku nak ucap selamat hari raya dan mintak maaf banyak-banyak kepada semua yang pernah singgah ke blog aku ni. semoga hari raya ini di sambut penuh kegembiraan disamping keluarga tersayang. Kepada isteri aku yang menyambut hari raya tahun pertama bersama aku semoga bergembira dan ceria selalu. Tahun ni aku dan isteri akan berhari raya di Perak. yahooooooo

Tottenham Hotspur vs Manchester United


Tahniah buat ManU

Tuesday, September 8, 2009

Ni untuk web Kitar Semula

Ni la kerja aku buat, kerja yang merepek..sampai bila aku tak tahu. kalau ada job lain yang best dah lama aku berambus, sebab fikirkan famili aku la yang aku stay kat sini.

Ketua yg bangang!!!!


Hari ni seperti biasa aku meneruskan kerja di tempat kerja yang belum tahu hala tujunya. Masih kabur dalam suasana politik yang tidak stabil di negara kita. Mungkin dahulu ada hala tujunya untuk mencapai matlamat negara maju yang bersih dan disamping mengaut keuntungan daripada matlamat yang hendak di tuju , rupanya apa yang dirancang tidak mengikut apa yang di caturkan. Sekarang ni pun semua tidak mengenali tempat yang aku kerja, sudah banyak duit rakyat dibazirkan dengan tempat kerja aku ini. Banyak yang aku rasa tidak betul tapi apa yang aku boleh buat cuma tunggu dan lihat apa yang akan jadi pada tempat kerja ini. Itulah sedikit sebanyak cerita tentang tempat kerja aku. Yang hendak aku ceritakan lagi adalah kemagkuk ayunan ketua di tempat kerja aku, yang tidak membenarkan kakitangannya mengambil cuti yang lebih pada hari raya ini. Punya la bodoh!!! hari raya hanya setahun sekali sahaja bukan nyer ada empat lima kali setahun, kilang papan pun cuti seminggu ni kan pula tempat kerja yang belum diiktiraf oleh akta. Apa kerja yang hendak di buat??? datang kerja mcm orang bodoh jer ker???melangut sampai petang... bagi la cuti...itu pun susah ker???

Tuesday, September 1, 2009

RON95 naik 5sen jer ( RON97 naik 25sen ajer tak banyakkan)hahahha


Petikan dari keratan Berita Harian

KUALA LUMPUR: Mulai hari ini, kira-kira 3,500 stesen minyak seluruh negara akan menjual petrol baru RON95 pada harga runcit RM1.80 seliter, meningkat lima sen berbanding RM1.75 seliter ketika diperkenalkan 12 Mei lalu.

Pada masa sama, kerajaan mengekalkan petrol RON97 sebagai produk premium atau pilihan dengan harganya dinaikkan 25 sen daripada RM1.80 kepada RM2.05 seliter.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, menjelaskan harga RM1.75 seliter bagi RON95 yang diumumkan Mei lalu ditetapkan berdasarkan harga minyak dunia ketika itu AS$40 setong.


"Kini harga petrol dunia melonjak kepada AS$82 setong. Ini bermakna peningkatan sebanyak 102 peratus.

"Penetapan harga petrol di negara ini menggunakan Mekanisme Harga Automatik (APM) di mana ia bergantung kepada kedudukan harga kos produk di pasaran dunia.

"Sekiranya harga minyak dunia mengalami penurunan, maka kerajaan akan menyemak semula harga petrol dan turunkan harga petrol. Jika harga minyak dunia naik, maka kita akan membincangkan perkara itu dalam Majlis Ekonomi Negara.

"Setakat ini saya yakin sehingga hujung tahun ini tidak akan berlaku kenaikan harga minyak," katanya pada sidang media selepas majlis pelancaran RON95 seluruh negara di Stesen Minyak Petronas Lebuh Raya Sprint di sini, semalam.

Ismail Sabri berkata, walaupun harga RON95 ditetapkan RM1.80 seliter, kerajaan dianggarkan masih membayar subsidi sebanyak 33.81 sen seliter atau RM304 juta sebulan.

Beliau berkata, anggaran subsidi petrol RON97 yang ditanggung kerajaan pula ialah 42.72 sen seliter.

Pada sidang media itu, Ismail Sabri juga mengumumkan mulai hari ini, petrol RON92 akan dimansuhkan kerana penggunaannya begitu kecil, iaitu sekitar lima peratus daripada jumlah keseluruhan penjualan petrol di negara ini.

"Sebab itu, kerajaan memperkenalkan RON95 bagi memastikan pengguna mendapat faedah langsung produk petroleum yang lebih berkualiti pada harga yang disubsidi.

"Statistik juga menunjukkan 80 peratus pengguna sudah menggunakan petrol RON95 berbanding RON97 sejak penjualan RON95 di beberapa stesen minyak terpilih sekitar Lembah Klang dan Putrajaya, mulai 12 Mei lalu," katanya.

Beliau berkata, sehingga kini tiada rungutan atau aduan yang diterima mengenai prestasi enjin kenderaan akibat penggunaan petrol RON95.

Bagaimanapun, katanya, kerajaan akan mengekalkan petrol RON97 sebagai produk premium atau pilihan kerana ada kenderaan terutama berkuasa tinggi memerlukan petrol berkenaan.

sungguh perihatin Kerajaan Kita...1 Malaysia Rakyat memang didahulukan hahahaah....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails