Wednesday, October 28, 2009

Tempat Aku Menjalankan Kerja


Dah sekian lama baru aku nak letak gambar tempat kerja aku. Ni la ruang aku menjalankan kerja. Dalam surat jawatan aku ditawarkan sebagai Pembantu Teknik dan kini dikenali sebagai Penolong Jurutera.Nama jer gempak tapi xder sikit kerja taknikal pun aku buat, yang aku buat adalah tugas pereka. Dah naik giler aku wat kerja ni tp xperla janji aku dibayar sebagai Penolong Jurutera hahah kalo dibayar gaji mcm pereka mampuih aku xnak wat kerja ni.Hari-hari aku datang kerja memikirkan design poster apa yang aku nak wat.Itu la kerja aku.

Selamat Datang Rumah KAMI





No 10 Jalan Dahlia 9/3,
Taman Dahlia,
Bandar Baru Salak Tinggi,
43900 Sepang.

Ni la rumah sewa aku sekarang, dah dekat seminggu lebih aku tinggal disini. Memang best la hidup sendiri, nak wat apa pun xda orang nak bising semua kerja aku yang wat. Sekarang ni aku dah semakin rajin untuk memasak, macam-macam aku dah masak untuk wife aku ngan adek aku. hahah kalo xsedap makan jer la yer next time aku akan cuba bagi sedap lagi hahah. Sekarang ni aku tengah membersihkan keliling rumah aku yang penuh dengan rumput. Itulah rutin harian aku bila pulang dari kerja mesti mencangkul,penat jugak tiap-tiap hari aku mencangku ni pun dah sakit-sakit pinggang huhuhuh.

Tuesday, October 20, 2009

Kembali Tenang


Amin.. Sungguh tenang keadaan aku sekarang ini, walaupun keadaan kewangan aku semakin gawat akibat daripada berpindah rumah, hati aku cukup tenang sekali. Keadaan kembali normal hidup aku tidak lagi tertekan. Memang betul cakap orang-orang tua kebahagian, kegembiraan dan ketenangan bukan boleh di beli dengan wang ringgit. Sebanyak mana pun duit yang kita ada belum tentu menjanjikan bahagia. Berjaya juga aku lalui situasi yang betul-betul menguji kesabaran dalam hidup aku. Sekarang ni aku boleh balik dari kerja dengan senyuman tiada apa lagi yang boleh membuatkan aku kurang selesa dengan keadaan sekeliling. Apa yang aku tertinggal dulu aku akan buat kembali. Aku KEMBALI dengan kemera kesayangan aku untuk terus mencari sesuatu yang indah pada muka bumi ini untuk diabadikan dalam blog aku ni. Dah lama aku tak mencari bangunan-bangunan yang mempunyai seni tersendiri, bunga-bunga ciptaan tuhan yang begitu cantik dan bermacam-macam lagi untuk aku ambil.Sekali lagi ucapan TERIMA KASIH yang tidak pernah lekang untuk di ucapkan pada semua yang telah membantu.

Monday, October 19, 2009

Mati Hidup Kembali



MATI HIDUP KEMBALI

Jalan raya terlampau sunyi
Untuk ku terus bermimpi
Mataku belum mengantuk lagi
Bawa ke mana sahaja kupergi

Tunjukkan ku bulan gerhana
Tiada siapa nak kujumpa
Pendirian tiada kusangka
Tak mengapa oh tak mengapa

Malam semalam gundah gulana
Hari ini hari mulia
Tak pernah daku rasa begini
Seperti mati hidup kembali

Bawakan kuhilang dari ingatan
Hari ini sehingga esok
Tak pernah daku rasa begini
Seperti mati hidup kembali

Agar sepenuh dengan pendirian
Kucapai sebelah tangan
Sebalik awan ada cahaya
Bercahayalah selamanya

Daku tertawa seorang diri
Darah yang mengalir terhenti
Fikiranku melayang-layang
Tiada siapa yang perasan

Thursday, October 15, 2009

a new day, a new ray, a new hope


Syukur Alhamdulillah kehadrat Ilahi yang mencipta seluruh alam ini, limpah kurnia dan rahmat dari Nya yg maha mengetahui segalanya. Segalanya bermula pada petang selasa 13/10/09 perjalan pulang dari kerja yang begitu memenatkan, otak hampir tepu untuk berfikir pencarian tetap diteruskan walaupun telah berkali pergi ke tempat yang sama,apa yang dapat hanyalah kehampaan. Akhirnya tak terkata bila aku dapat sesuatu yang aku tunggu dan tidak pernah untuk berputus asa untuk memberikan yang terbaik pada isteri aku dan anak yang sedang dikandung. Air mata aku mengalir tanda gembira yang teramat sangat ketika itu, bagaikan mendapatkan sesuatu yang bernilai. Apa yang aku dapat hanyalah sekeping kertas iklan yang telah koyak tergantung dihadapan rumah kosong yang menyatakan RUMAH UNTUK DISEWA perasaan sungguh gembira dengan harapan aku akan dapat tunaikan permintaan isteri aku untuk duduk di kawasan itu. Petang yang hampir ke penghujung,hari semakin gelap merubah segalanya bila mana tuan rumah membenarkan aku menyewa. Apa yang aku rasa ketika itu sinar cukup terang, hiba yang aku tanggung selama ini akan berakhir. Aku akan pastikan isteri dan anak aku akan sentiasa bahagia dalam jagaan aku untuk selamanya. Terima Kasih ALLAH.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails