Thursday, February 25, 2010

yang di nanti sudah keluar

salam, semua...
hari yang indah menjadi seorang abah heheheheh...
cerita semalam paling tidak akan aku lupa sepanjang hidup aku, rupanya begini mak nak lahirkan aku.. memang sakit itu tidak dapt aku gambarkan bagaimana. kalau ader pengukur kesakitan sudah pasti tidak dapat membaca kesakitan itu pada tahap apa. Aku hanya boleh berdoa, memberi semangat pada isteri tercinta ketika dia manahan kesakitan yang teramat sangat. Detik kelahiran bermula dari jam 10 pagi apabila isteri aku dibawa ke dewan bersalin dan di masukkan di bilik no 15 untuk bersalin..tepat pukul 11 pagi air ketumban di pecahkan aku hanya menunggu di ruang rehat di dewan bedah selepas pecah air ketumban itu aku di benarkan menemani isteri aku. Setiap 5 minit isteri aku rasakan kesakitan apa yang digambarkan seperti senggugut aku pun tak tahu apa rasa senggugut, hanya wanita yang ketahui. Setelah beberapa jam air pula dimasukkan dalam badan supaya tidak merasa keletihan kerana tidak makan dan minum dari pagi lagi. keadan anak dalam kandunagn stabil degupan dia ok. Aku tetap menunggu isteri yang terlantar kesakitan hanya surah-surah dan doa dibaca tanpa henti. Bila tiba masa kesakitan isteri aku hanya mampu beristifar untuk menahan kesakitan. Setelah hampir pukul 3 petang bukaan masih sedikit dan bby masih jauh lagi untuk sampai di pintu rahim. detik ni lah air ubat diberikan pada isteri aku supaya dapat mempercepatkan lagi bukaan pintu rahim. dalam keadaan ini la isteri aku bergelut dengan kesakitan yang teramat sangat, tanpa siapa mengetahui kesakitan die aku hanya mampu berdoa dan menggemgam tangan untuk die manahan kesakitan.Hamapir beberapa jam menahan kesakitan yang teramat sangat dan aku pun tak mampu untuk melihat kesakitan itu terpaksa aku memanggil misi di situ untuk membantu. Aku di suruh keluar sebentar untuk isteri aku mendapat pemeriksaan,xdapat aku menahan sebak melihat isteri menahan kesakitan yang teramat sgt. Selesai pemeriksaan misi memberitahu isteri aku boleh melahirkan bby sekarang, bederau darah aku bila ramai misi masuk dalam bilik untuk membantu isteri aku melahirkan bby. tepat pukul 6.30 petang bermula perjuang yang amat mulia untuk melahirkan insan yang di kandung selama 9 bulan ini. memang hebat ciptaan tuhan memang hebat kuasa yang maha esa. Isteri aku berjuang hampir 45 minit untuk mengeluarkan insan ini. habis semua kudrat dikerah dan diguna kan untuk mengeluarkan insan ini. tepat pukul 7.15 malam keluarlah insan ini.. hilang segala penat yang ditanggung bila insan ini di letak di atas perut isteri tersayan. Sungguh tinggi pengorbanan seorang isteri. Aku bangga dan hargai isteri aku. Aku tak lupa juga pada mak yang lahirkan aku mungkin sama penderitaan yang ditanggung mak dan abah dalam melahirkan aku. Aku hargai mereka aku sayang mereka... aku xkan kecewakan mereka... ini janji aku.
PADA AKU SIAPA YANG TIDAK TAHU MENGENANG JASA MAK BAPAK DALAM MELAHIRKAN KITA,DI MEMANG MANUSIA PALING BANGSAT DI DUNIA NI.. APA YANG MAK BAPAK LAKUKAN PADA KITA TAK MAMPU UNTUK KITA TEBUS DENGAN APA JUA YANG KITA ADA... INGATAN PADA ANAK YANG TIDAK TAHU ERTI KELUARGA.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails